CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 5, 2009

Golden Ticket


Tingginya darjat org yang digelar ibu



Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati allah... hari ini saya ingin menceritakan sesuatu benda yang terlintas dihati saya,ini disebabkan ibu saya yang pergi outstation dan entah tetibe perasaan rindu mula berputik... bacalah

Muawiyyah Ibn Jahimah mengatakan bahawa beliau pernah berjumpa Rasulullah
dan bekata ''ya rasulullah aku ingin pergi berjihad. Aku datang meminta nasihat darimu.Rasulullah bertanya... ''adakah ibumu masih hidup? ''ya'', jawab Jahimah.Rasulullah kemuian berkata, ''jagalah dia, sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu''




Syurga!
Masha allah... cuba kita bayangkan betapa besarnya kedudukan yang allah letakkan kepada orang yang bergelaar ibu ini. Tetapi adakah kita diantara orang yang meletakkan ibu kita diantara orang yang utama? Siapakah orang yang ingin mendengar sehala kemahuan kita sebelum kita boleh bercakap? Mendukung kita sewaktu kita tidak mampu lagi berjalan?



Ya, lain tidak buakn ialah ibu kita, ibu kita...



Saya ingin tanya satu soalan kepada antum semua, siapakah yang tidak dilahirkan melalui ibu? sudah tentunya semua mnjawab daripada ibu... dan wanita inilah yang bersusah payah yang melahirkan satu jiwa yang ingin dilihatnya menjadi seorang yang berjasa...terutama pada dirinya (ibu).




Inilah diantara satu tiket yang paling muda untuk mendapatkannya demi untuk mencapai impian setiap manusia iatu suatu tempat yang abadi yakni Syurga...


Saya ingin bertanya satu soalan lagi, adakah sahabat-sahabat semua inginkan tiket ini? adakah antum semua mampu membahagiakan pemegang tiket ini? Menghormati dan menyanjungi mereka? Usahlah dikau melepaskan peluang keemasan ini wahai sahabat-sahabatku diwaktu cuti ini gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya, sementara pemegang tiket ini masih ada... pergilah kepada mereka... berbaktilah kepada mereka dan peluklah mereka dan ucapkan kata yang ingin mereka dengari... demi mendapat tiket yang akan membawa kita kepada satu tempat yang dipanggil...''Syurga''


Apa tunggu lagi? Jom lakukannya...

0 comments: