Monday, March 16, 2009
Posted by Da'ie ilallah at 4:03 AM 0 comments
Sunday, March 15, 2009
.Sedikit Perkongsian..
"AKU INGIN HIDUPKAN KEMBALI PEMERINTAHAN ISLAM DI BUMI INI"
atau
"MARILAH KITA TEGAKKAN KEMBALI KALIMAH ALLAH DI BUMI INI.."
yg ingin kembali merasai pemerintahan islam yg aman dan damai di serata dunia....tetapi
hakikatnya, mereka ini tergesa-gesa dan pergi terlalu jauh..sehinggakan masalah-masalah
yg kecil-kecil seperti membuang air kecil berdiri pun masih ada lagi.
Sepertimana kata-kata Syakib Arsalan:
"Tidak boleh tidak,kita mestilah mulakan dari bawah"
barulah kita dapat menguasai satu dunia ini seperti pada zaman kegemilangan islam
dahulu.Caranya,kita mulakan dengan mentarbiyyah setiap remaja-remaja dan
pemuda-pemuda menjadi rijal-rijal yg cukup 10 peribadi muslimnya...

Mulakan dengan bentuk peribadi diri dulu,lepas tu keluarga,masyarakat,negeri,negara,empayar
islam,daulah islamiyyah,lepas tu yg terakhir....ustaziatul a'lam..
-Ana ajak kita sama-sama muhasabah diri kita balik,adakah kita ni cukup untuk mendapat redho allah s.w.t.Dengan solat kita yg tak pernah khusyuk...lagi-lagi yg suka lambat-lambatkan
solat..ada juga yg tinggalkan solat..astaghfirullah....ampunkan lah kami...Ya-Allah...
-Renung-renungkan lah kembali wasiat Hasan Al-Banna...
1. segeralah tunaikan solat bila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan saudara.
2. bacalah Al-Quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu atau berzikirlah. jangan habiskan masa saudara pada perkara yang tidak memberi faedah.
3. berusahalah bercakap dalam bahasa arab fusha kerana ia mrupakan salah satu syiar islam.
4. jangan saudara perbanyakkan perdebatan dalam semua urusan walau bagaimana pun keadaannya kerana pertengkaran itu tidak mendatangkan kebaikan
5. jangan banyak ketawa kerana orang yang banyak berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius.
6. saudara jangan bergurau kerana umat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.
7. jangan angkat suaramu lebih tinggi dari yang di perlukan oleh pendengar kerana yang demikian itu perbuatan bodoh dan menyakitkan.
8.. saudara jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan sebarang pertubuhan dan jangan bercakap kecuali kebaikan.
9. berkenalanlah dengan orang yang saudara temui dari kalangan rakan-rakan saudara sekalipun saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita adalah kasih sayang dan berkenalan.
10. kewajipan lebih banyak dari waktu. Oleh itu tolonglah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. kalau saudara berurusan singkatkanlah masa penunaiannya.
Posted by Da'ie ilallah at 4:01 AM 0 comments

Membuka lipatan sejarah,
Makkah bersinar memalapkan api majusi,
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi,
Di bahu-Mu hujan maha lebat membasahi,
Tugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat,
Cakerawala tersenyum lambang diri kami,
Akulah kami penuh pengharapan.
Nur itu turun menerangi lagi,
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!!
Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’,
Membalut lembar selimut meliputi tubuh,
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh,
Membuang segala makruh,
Lalu iqra’ pun mengalir,
Di bibir para sahabat,
Di lidah membasahi hati para syuhada’,
Dalam debu melingkar nurani anbia’,
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan
Tumpah membasahi lautan ummah,
Akulah ummah.
Kini nur itu turun lagi menerangi,
Menghampar masa membuka gapura cerita,
Cerita sayu umatnya yang menderita,
Akulah ummat Muhammad, Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.
Posted by Da'ie ilallah at 2:09 AM 0 comments
.png)


