Assalamualikum kepada semua para pembaca yang dirahmati oleh Allah S.W.T. Insyaallah hari ini ana akan menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang tidak ramai yang sedar akan perkara ini... terima lah
Ketibaan 1 Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta serta tak lupa juga bagi para pelajar sekolah mahupun IPT. Ini kerana tarikh popular ini yang dikenali sebagai "Hari Pekerja" merupakan hari cuti bagi semua lapisan umur.
Namun pernahkah kita terfikir apa rasionalnya tarikh itu dipilih? Sedangkan terdapat lagi 364 hari lain untuk dijadikan pilihan?
Mari bersama-sama kita menyelami rahsia hari yang "diagung-agungkan" ini...
Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.
Apakah Illuminati ?
Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.
Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.
Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia
Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.
Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.


