Sunday, January 25, 2009
Saturday, January 24, 2009
Kemanakah Umat Islam Yang Lain
Allah SWT tidak akan beri kemenangan kecuali kepada hamba hambaNya yang benar dan sabar, iaitu hambaNYA yang memiliki kemahuan yang kuat dan keazaman benar, yang dapat mengalahkan nafsunya kerana taat kepada Allah dan Allah membantunya mengatasi yang lain. Firman Allah:

maksudnya “Jika sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukkan kamu” (Muhammad:7). Kisah kisah di dalam Al Quran menjelaskan hakikat ini, supaya orang orang beriman menyedari dan memahami tuntutan untuk kemenangan adalah tinggi nilai maharnya, tetapi dalam sempadan kemampuan manusia.
Penduduk di Gaza sekarang diibaratkan makanan yang dimakan oleh yahudi..., mereka dibunuh dan dibedil oleh tentera-tentera Zionis laknatullah begitu saja, jadi apa tindakan kita sebagai saudara mereka?..., takkan tenganga je kot... memang tak patut, derma dan doakanlah untuk mereka disana... moga kita digolongkan oleh Allah sebagai diantara tentera yang membebaskan Masjidil Al-Aqsa
"Allahumma Harril Masjidil Aqsa Minal Yahudi Wannasara...Waja'alna Min Junudittahrir...Amiinn."
Posted by Da'ie ilallah at 8:04 AM 0 comments
Friday, January 23, 2009
Haniyya : Bantuan 40 juta euro kepada Gaza.
Written by luahanseorangdaie from on January 23rd, 2009 | 0 Comments
Jumaat, 23/01/2009 - Pusat Maklumat Penduduk Palestin yang bergabung dengan Pergerakan Hamas Khamis lalu melaporkan kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai oleh Ismail Haniyya memutuskan untuk memberi 40 juta Euro kepada penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.
Taher Al Nunu, jurucakap Hamas dalam sidang akhbar di Gaza City berkata “Kerajaan memutuskan untuk memberikan wang pampasan terhadap keluarga yang menjadi mangsa”.
Beliau menambah bahawa 4000 Euro akan diserahkan kepada keluarga yang kehilangan rumah mereka, 2000 Euro kepada keluarga yang kehilangan sebahagian rumah mereka, 1000 Euro untuk setiap seorang ahli keluarga yang hilang dan 500 Euro untuk setiap penduduk yang cedera.
Semasa memberikan respons mengenai dakwaan Palestin Authority di Ramallah tentang tahanan Hamas di penjara Al Saraya yang dikepung oleh Israel, Al Nunu berkata “tiada tahanan yang terbunuh, dan kita tiada tahanan-tahanan politik”.
Posted by Da'ie ilallah at 5:07 PM 0 comments

Salam sejahtera buat semua para pembaca yang dirahmati allah... segala puji buat tuhan seluruh alam ini, yang mencipta segala sesuatu dan tidak lupa juga buat penghulu segala anbia' iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W. , para sahabat,siddiqin,para syuhada' dan para pengikut-pengikutnya.
Pada hari Khamis yang bertarikh 220120009 aku sedang belajar subjek B.M (seuntai kata untuk dirasa) yang diajar oleh MLLMH WANI, dalam buku tu ada cerpen laa,pantun,sajak...dan banyak lagi.Pastu Mllmh Wani pun suruh laaa bukak buku tu ada tajuk seuntai kata untuk dirasa, kalo tak silap sajak kot,sajak ni mengisahkan semangat juang dalam inigin mencapai sesuatu,perlu bersemangat dan bercita-cita yang tinggi untuk mendapatkan sesutu yang kita hajati.
Hari-hari yang dilalui penuh dengan onak dan cabaran,penuh dengan agenda masing-masing,ada yang baik,ada yang buruk,ada yang berfaedah dan sebaliknya.Tapi apabila sampai suatu masa misi yang ingin kita buat itu tidak berjaya seperti, mengubah orang ke, belajar nk dapat 21 A keerr, melukis ke...dan sebagainya, tapi jangan laa kita cepat sangat berputus asa dan lemah semangat...kita kena yakin bahawa setiap benda yang kita buat tu mesti ada hikmah dia. Sebenarnya sifat lemah semangat dan sifat berputus asa ni adalah satu sifat yang menyukarkan kita untuk membina satu bentuk peribadi muslim... kerana,contohnya apabila seseorang itu ingin membina sifat luas ilmu pengetahuan (10 peribadi muslim) tetapi dia malas, takde semangat nak membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan,memeang tak menjadi laa. Jadi apa yang ana harapkan antum semua dapat terus bersemangat dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu...teroslah berjuang dan paling penting skali hubungan dengan Allah dan doa kita.
aku ingat lagi time tazkirah abg suhaib kamar, die citer ada 3 cara doa dimakbulkan...
- berdoa dengan penuh semangat
- berdoa dengan penuh rasa rendah diri
- berdoa dengan penuh rasa berharap
- yakin bahawa allah akan memakbulkan doa kita (rasakan allah mendengar apa yang kita hajatkan)
La tahzan innallaha ma'na
(tak ingat surah ape)
Janganlah kamu
bersedih kerana allah sentiasa bersama kamu...
Posted by Da'ie ilallah at 3:52 PM 0 comments
Thursday, January 1, 2009
Tahun Baru Azam Baru

Pejam celik-pejam celik sedar tak sedar hampir seminggu kita bercuti bagi tahun kedua maahad dah nak bukak sekolah dah pun... adakah anda dah beli barang sekolah? aku pun belum beli lagi...teruk betul laa aku ni.
Tahun baru azam pun baru,aku kena lupakan segala kenangan indah di maahad buat sementara waktu,supaya tidak menganggu konsentrasi pembelajaran aku di sekolah menengah nanti.Tahun 2009 adalah tahun yang paling mencabar berbanding sebelum ni sebab apa...,sebabnya aku kena jaga pembelajaran aku lagi,batch lagi,ilmu-ilmu lain lagi,dan lain-lain lagi ...peerrgghh perit gilerr.
Bukan senang nak mengubah orang apatah lagi nak mengubah batch, mungkin boleh jadi bola pun aku kene tinggalkan,nanti aku mesti dah tak terer dah... itu yang paling sedih tu,aku pernah terdengar satu ayat ni...kalau ingin sesuatu tu kenalah banyak berkorban...tapi aku tak nak kehilangan bakat bermain bola aku dan aku nak gak berjaya dalam pembelajaran.wallahu'alam.
Apa yang aku harapkan ialah allah akan sentiasa disamping aku dalam ingin berjaya keseluruhannya didalam tahun baru,azam baru ni. Aku harap korang dapat doakan kejayaan keatas diriku ini...moga allah akan membalasimu dengan perkara yang lebih baik.
Posted by Da'ie ilallah at 6:49 PM 0 comments
Sebuah Pengembaraan

Salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang dirahmati allah...,hari ini saya ingin cerita sedikit pengalaman yang dilalui oleh saya baru sebentar tadi [1.1.09 12:45] kisah pengembaraanya bermula begini...
Sebenarnya lokasi yang ingin kami tuju ialah "MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA' sebuah sekolah yang akan terabdi didalam kenanganku yang paling bersejarah".Sepanjang perjalanan itu banyak benda yang boleh dijadikan teladanbersama sahabatku AZIM AYOB ,biasalahkan dunia luar nak buat camne.Terlalu banyak sangat ma'siat yang saya nampak contohnya,pakaian singkat laa...nak kata tak cukup kain, tak jugak,dengan couplenya,fesyen "emonya"dan lain-lain ma'siat yang saya tak nampak.
Alhamdulillah kita masih lagi dibawah naungan allah dan berada diatas jalan yang benar insyallah.Sebenarnya saya rasa mereka ni macam bodoh dan kekadang tu rasa kesian gak... sebab mereka tak dapat merasakan kebahgiaan yang hakiki,mungkin bukan salah diorang tapi ibubapa yang tidak mendidik mereka kearah kebaikan [islam].
Dan kita sebagai orang yang dah mengerti akan islam itu sendiri kenalah sampai2 kan kepada mereka yang memerlukannya.Sebenarnya tanggungjawab kita teramatlah besar,bukan senang nak menyebarkan risalah nie...banyak dugaannya.
"La'in syakartum la aziidannakum..."
[IBRAHIM:7]
"Bersyukurlah nescaya allah akan menambah ni'matNYA"
Bersyukurlah...dan manfaatkanlah ni'mat dan kefahaman yang allah kurniakan kepada kita,janganlah kita terus tersesat sedangkan kita tau benda tu salah.
Fikir-fikirkanlah...
Posted by Da'ie ilallah at 1:40 AM 0 comments







