CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 23, 2009





Salam sejahtera buat semua para pembaca yang dirahmati allah... segala puji buat tuhan seluruh alam ini, yang mencipta segala sesuatu dan tidak lupa juga buat penghulu segala anbia' iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W. , para sahabat,siddiqin,para syuhada' dan para pengikut-pengikutnya.

Pada hari Khamis yang bertarikh 220120009 aku sedang belajar subjek B.M (seuntai kata untuk dirasa) yang diajar oleh MLLMH WANI, dalam buku tu ada cerpen laa,pantun,sajak...dan banyak lagi.Pastu Mllmh Wani pun suruh laaa bukak buku tu ada tajuk seuntai kata untuk dirasa, kalo tak silap sajak kot,sajak ni mengisahkan semangat juang dalam inigin mencapai sesuatu,perlu bersemangat dan bercita-cita yang tinggi untuk mendapatkan sesutu yang kita hajati.


Hari-hari yang dilalui penuh dengan onak dan cabaran,penuh dengan agenda masing-masing,ada yang baik,ada yang buruk,ada yang berfaedah dan sebaliknya.Tapi apabila sampai suatu masa misi yang ingin kita buat itu tidak berjaya seperti, mengubah orang ke, belajar nk dapat 21 A keerr, melukis ke...dan sebagainya, tapi jangan laa kita cepat sangat berputus asa dan lemah semangat...kita kena yakin bahawa setiap benda yang kita buat tu mesti ada hikmah dia. Sebenarnya sifat lemah semangat dan sifat berputus asa ni adalah satu sifat yang menyukarkan kita untuk membina satu bentuk peribadi muslim... kerana,contohnya apabila seseorang itu ingin membina sifat luas ilmu pengetahuan (10 peribadi muslim) tetapi dia malas, takde semangat nak membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan,memeang tak menjadi laa. Jadi apa yang ana harapkan antum semua dapat terus bersemangat dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu...teroslah berjuang dan paling penting skali hubungan dengan Allah dan doa kita.

aku ingat lagi time tazkirah abg suhaib kamar, die citer ada 3 cara doa dimakbulkan...


  1. berdoa dengan penuh semangat
  2. berdoa dengan penuh rasa rendah diri
  3. berdoa dengan penuh rasa berharap
  4. yakin bahawa allah akan memakbulkan doa kita (rasakan allah mendengar apa yang kita hajatkan)


    La tahzan innallaha ma'na
    (tak ingat surah ape)

    Janganlah kamu
    bersedih kerana allah sentiasa bersama kamu...
Sekian...asslamualaikum.

0 comments: