CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 13, 2009

Ustaz Fathi Yakan Meninggal Dunia

Ustaz Fathi Yakan

Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.

Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an. Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.

Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.

Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.

Semoga Allah merahmati roh dan menerima amalnya yang telah memberi sumbangan besar dalam dakwah di era baru ini. Al-Fatihah.

– Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji’un –

Saturday, June 6, 2009

eEee leCeh? b0San?

.::Tanggungjawab seorang manusia yang perlu dijalankan setiap hari::.

Friday, June 5, 2009

Golden Ticket


Tingginya darjat org yang digelar ibu



Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati allah... hari ini saya ingin menceritakan sesuatu benda yang terlintas dihati saya,ini disebabkan ibu saya yang pergi outstation dan entah tetibe perasaan rindu mula berputik... bacalah

Muawiyyah Ibn Jahimah mengatakan bahawa beliau pernah berjumpa Rasulullah
dan bekata ''ya rasulullah aku ingin pergi berjihad. Aku datang meminta nasihat darimu.Rasulullah bertanya... ''adakah ibumu masih hidup? ''ya'', jawab Jahimah.Rasulullah kemuian berkata, ''jagalah dia, sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu''




Syurga!
Masha allah... cuba kita bayangkan betapa besarnya kedudukan yang allah letakkan kepada orang yang bergelaar ibu ini. Tetapi adakah kita diantara orang yang meletakkan ibu kita diantara orang yang utama? Siapakah orang yang ingin mendengar sehala kemahuan kita sebelum kita boleh bercakap? Mendukung kita sewaktu kita tidak mampu lagi berjalan?



Ya, lain tidak buakn ialah ibu kita, ibu kita...



Saya ingin tanya satu soalan kepada antum semua, siapakah yang tidak dilahirkan melalui ibu? sudah tentunya semua mnjawab daripada ibu... dan wanita inilah yang bersusah payah yang melahirkan satu jiwa yang ingin dilihatnya menjadi seorang yang berjasa...terutama pada dirinya (ibu).




Inilah diantara satu tiket yang paling muda untuk mendapatkannya demi untuk mencapai impian setiap manusia iatu suatu tempat yang abadi yakni Syurga...


Saya ingin bertanya satu soalan lagi, adakah sahabat-sahabat semua inginkan tiket ini? adakah antum semua mampu membahagiakan pemegang tiket ini? Menghormati dan menyanjungi mereka? Usahlah dikau melepaskan peluang keemasan ini wahai sahabat-sahabatku diwaktu cuti ini gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya, sementara pemegang tiket ini masih ada... pergilah kepada mereka... berbaktilah kepada mereka dan peluklah mereka dan ucapkan kata yang ingin mereka dengari... demi mendapat tiket yang akan membawa kita kepada satu tempat yang dipanggil...''Syurga''


Apa tunggu lagi? Jom lakukannya...

Tuesday, June 2, 2009

rEaL ExaM




Periksa oh periksa... peperiksaan pertengahan tahun sudah pun berlalu, segala usaha dan pengorbanan telah diluahkan kepada satu masa yang tempohnya hanyalah dua minggu, yang hanya sementara, tetapi hakikatnya apa yang telah kita hadapai sekarang adalah peperiksaan yang sebenar, juga dikenali dengan REAL EXAM.



******

Apakah itu REAL EXAM? sebenarnya peperiksaan dari segi ilmu yang telah guru-guru kita curahkan kepada kita, sudah pun kita mengulangkajinya sebelum berhadapan dengan kertas peperiksaan supaya segala soalan dapat kita jawab dengan jayanya. Kini tanggungjawab kita sbg sorang pelajar sudah pun berakhir... kini, kita perlu study dan perlu mengamalkannya dalam kehidpan seharian kita supaya dapat menjawab segala soalan yang akan ditanya di harai AKHIRAT nanti, carilah bekalan sebanyaknya bermula dari sekarang. Sekarang kita pula perlu menjalankan pula tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNYA yang perlu sentiasa beribadah kepadaNYA.


*******


Sebenarnya kalau boleh diibaratkan,segala ciptaan allah ini diibaratkan robot yang telah diprogramkan hanyalah untuk bertasbih dan beribadah kepada allah, tetape manusia ini ialah suatu robot yang unik, diberi kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan..., tetapi manusia pelupa dan menggunakan segala kenikmatan itu dengan mencemarkan bumi allah ini dengan tangan mereka sendiri.

*******


Sadarlah wahai sahabatku... walaupun cuti dan pembelajaran berhenti seketika, tetapi Islam dan segala tanggungjawab kita sebagai hambaNYA tidak pernah BERHENTI.

Bencana atau Peringatan...



Assalamualaikum kpd semua pembaca yang dirahmati allah insyaallah,selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Isyaallah hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang selesema babi.


Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu virus yang berbahaya, yang sekali lagi menyerang penduduk dunia. Virus tersebut ialah selesema khinzir. Virus atau wabak ini sempat membuatkan manusia cemas dan hidup dalam ketakutan. Mana tidaknya, virus ini boleh menyebabkan kematian yang tidak dijangka-jangka. Dan duhulunya ia dikenali sebagai selesema burung.

Kini, virus itu menyerang sekali lagi. Kali ini, khinzir merupakan alat penyebar virus tersebut. Alhamdulillah, kita sebagai umat Islam diharamkan daripada memakan daging babi dan mengambil manfaat daripadanya. Tidakkah kita terfikir makna yang tersirat daripada pengharaman tersebut? Manusia pada zaman dahulu tidak dapat mengkaji keburukan daripada memakan daging khinzir. Akan tetapi, teknologi kini semakin canggih.

Teknologi sains pada zaman kini telah membuktikan dan membongkar rahsia pada daging khinzir. Ternyata, daging khinzir sememangnya membawa keburukan kepada si pemakan. Dan ianya boleh membawa pelbagai penyakit yang berbahaya pada jangka masa yang panjang. Benarlah apa yang dikatakan di dalam Al-Quran selama ini. Saban hari angka kematian semakin meningkat akibat virus pada khinzir ini. Tidakkan kita berfikir bahawa kita umat yang paling beruntung?

Ketika mana virus ini menyerang penduduk di Eropah, seorang tokoh di Malaysia dengan begitu yakin menyatakan bahawa virus ini tidak akan masuk ke Malaysia. Tidak lama kemudian virus tersebut telah mula menyerang penduduk negara jiran kita Thailand. Bagaimana anda boleh sebegitu yakin berkata sedemikian? Sedarlah, virus ini merupakan sebahagian daripada tentera-tentera Allah S.W.T yang akan menyerang manusia dengan perintah Allah ketika mana manusia lalai dengan kehidupan di dunia.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."



Ya, virus ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Pernahkah kita mendengar kisah Namrud? Seorang raja yang angkuh dan takbur tetapi akhirnya ditewaskan dan mati di tangan seekor nyamuk! Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.





Tetapi ada jugak orang yang ingin menjadi seperti babi...subhanallah