Ku berpindah...ke blog baru kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.www.transformasi-kalbu.blogspot.com
Saturday, August 22, 2009
Tuesday, August 4, 2009
Sibukkan Dirimu Dengan Berzikrullah

Saban hari manusia ini kian sibuk dengan agenda kehidupan masing-masing, ada yang sedang belajar demi mencapai 9A dalam PMR, ada yang sedang bermain game, ada pula yang sedang beriadah, dan lain-lain lagi.
Hidup ini memang indah dan seronok, tambahan lagi bagi yang sape yang kehidupannya penuh dengan kekayaan dan kemewahan dunia yang penuh dengan kelalaian,jika dia tidak pandai gunakannya dengan sebaiknya dalamkehidupan sehariannya. Tapi kebahagiaan itu hanyalah sementara, dan ianya tidak akan berkekalan dalam jangka masa yang lama. Kecuali kehidupan saudara itu dihiasi dengan berzikir kepada Allah s.w.t.
Ingatlah wahai saudara, kehiduapan kita penuh dengan cabaran dan godaan dari syaitan yang senantiasa mengajak kaum Nabi Adam ini kepada lembah kemaksiatan. Jadi, ana mengajak saudara, mengamalkan satu tips ini, untuk kiter sama-sama mengamalkannya dalam kehidupan seharian saudara. Yakni, dengan ''mempersibukkan diri saudara dengan berzikrullah''. Tambahan lagi, bulan Ramadhan yang kian menjelma ini, jadikan ia sebagai satu aset untuk kita melakukan suatu perubahan yang drastik untuk diri kita.
Jadi, jika dalam kehidupan kita, kita memperbanyakkan berzikrullah, secara semulajadinya kita tidak akan ada masa untuk membuat maksiat, malah diri kita akan senantiasa takut akan hari pembalasan di akhirat kelak. Moga saudara dapat mengamalkannya dalam kehidupan saudara, Insyaallah
Posted by Da'ie ilallah at 2:23 AM 0 comments
Saturday, July 4, 2009
Keranda Jackson bersadur emas
Yakinlah!Bahawa kematian itu memang benar...
PEKERJA Staples Center membawa papan poster Jackson selepas sidang akhbar mengenai tiket majlis memperingati penyanyi itu. |
Majlis pengebumian penyanyi digelar 'persembahan terhebat dunia'
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sentiasa dirahmati Allah Insyallah... hari ini saya akan memutarkan isu kematian yang paling hangat...
Berita dari LOS ANGELES melaporkan bahawa Ikon muzik pop, Michael Jackson, akan dikebumikan dalam keranda bersadur emas berharga AS$25,000 (RM87,500) dalam upacara pengebumian yang dijangka bertepatan dengan ramalannya sendiri sebagai pertunjukan paling hebat di dunia.
Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu.
Ia ditempah kelmarin daripada Syarikat Keranda Batesville dan serupa dengan keranda yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi James Brown pada 2006, menurut laporan laman web pertama yang menyiarkan berita kematian Raja Pop itu, TMZ.com.
Upacara mengingati Jackson akan diadakan Selasa ini di stadium bola keranjang LA Lakers, Staples Center, yang menjadi lokasi penyanyi itu membuat latihan untuk konsert kemunculan semula di Arena O2, dua hari sebelum meninggal dunia.
Stadium itu boleh memuatkan 20,000 orang dan keluarga penyanyi itu bercadang mengedarkan 11,000 tiket percuma kepada orang awam.
Skrin gergasi di luar stadium akan menyiarkan upacara di dalam kepada sekitar sejuta orang yang dijangka berhimpun untuk memberikan penghormatan bermula jam 10 pagi waktu tempatan.
Upacara turut menampilkan persembahan daripada lagenda muzik dan lakonan serta dibuka dengan perarakan haiwan sarkas termasuk harimau dan gajah.
Jurucakap sarkas berkata, upacara peringatan itu bakal menjadi 'pertunjukan paling hebat di dunia', ayat sama digunakan Jackson pada 2002 apabila ditanya mengenai upacara pengebumiannya.
Ketika itu Jackson menjawab: "Ia akan menjadi pertunjukan paling hebat di dunia. Itu yang saya mahukan. Bunga api dan semuanya."
Selepas majlis itu, upacara persendirian akan diadakan di tanah perkuburan Forest Lawn di Hollywood yang cuma dihadiri keluarga dan rakan rapat penyanyi itu.
Posted by Da'ie ilallah at 9:23 PM 0 comments
Saturday, June 13, 2009
Jun200914
Ustaz Fathi Yakan Meninggal Dunia
Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an. Beliau memiliki kerjasama penting untuk memperkuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.
Beliau melahirkan sejumlah karya, termasuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” dan “Masalah Dakwah dan Pendakwah” dan “Persepsi Yang Dinamis Dalam Kerja-kerja Islam” yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.
Beliau menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.
Peranan beliau di Libanon, sebagai seorang yang patriotik dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan mejoriti dan minoriti.
Semoga Allah merahmati roh dan menerima amalnya yang telah memberi sumbangan besar dalam dakwah di era baru ini. Al-Fatihah.
Posted by Da'ie ilallah at 9:20 PM 0 comments
Saturday, June 6, 2009
Friday, June 5, 2009
Golden Ticket

Tingginya darjat org yang digelar ibu
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati allah... hari ini saya ingin menceritakan sesuatu benda yang terlintas dihati saya,ini disebabkan ibu saya yang pergi outstation dan entah tetibe perasaan rindu mula berputik... bacalah
Muawiyyah Ibn Jahimah mengatakan bahawa beliau pernah berjumpa Rasulullah
dan bekata ''ya rasulullah aku ingin pergi berjihad. Aku datang meminta nasihat darimu.Rasulullah bertanya... ''adakah ibumu masih hidup? ''ya'', jawab Jahimah.Rasulullah kemuian berkata, ''jagalah dia, sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu''
Syurga!Masha allah... cuba kita bayangkan betapa besarnya kedudukan yang allah letakkan kepada orang yang bergelaar ibu ini. Tetapi adakah kita diantara orang yang meletakkan ibu kita diantara orang yang utama? Siapakah orang yang ingin mendengar sehala kemahuan kita sebelum kita boleh bercakap? Mendukung kita sewaktu kita tidak mampu lagi berjalan?
Ya, lain tidak buakn ialah ibu kita, ibu kita...
Saya ingin tanya satu soalan kepada antum semua, siapakah yang tidak dilahirkan melalui ibu? sudah tentunya semua mnjawab daripada ibu... dan wanita inilah yang bersusah payah yang melahirkan satu jiwa yang ingin dilihatnya menjadi seorang yang berjasa...terutama pada dirinya (ibu).
Inilah diantara satu tiket yang paling muda untuk mendapatkannya demi untuk mencapai impian setiap manusia iatu suatu tempat yang abadi yakni Syurga...
Saya ingin bertanya satu soalan lagi, adakah sahabat-sahabat semua inginkan tiket ini? adakah antum semua mampu membahagiakan pemegang tiket ini? Menghormati dan menyanjungi mereka? Usahlah dikau melepaskan peluang keemasan ini wahai sahabat-sahabatku diwaktu cuti ini gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya, sementara pemegang tiket ini masih ada... pergilah kepada mereka... berbaktilah kepada mereka dan peluklah mereka dan ucapkan kata yang ingin mereka dengari... demi mendapat tiket yang akan membawa kita kepada satu tempat yang dipanggil...''Syurga''
Apa tunggu lagi? Jom lakukannya...
Posted by Da'ie ilallah at 8:58 PM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
rEaL ExaM

Periksa oh periksa... peperiksaan pertengahan tahun sudah pun berlalu, segala usaha dan pengorbanan telah diluahkan kepada satu masa yang tempohnya hanyalah dua minggu, yang hanya sementara, tetapi hakikatnya apa yang telah kita hadapai sekarang adalah peperiksaan yang sebenar, juga dikenali dengan REAL EXAM.
******
Apakah itu REAL EXAM? sebenarnya peperiksaan dari segi ilmu yang telah guru-guru kita curahkan kepada kita, sudah pun kita mengulangkajinya sebelum berhadapan dengan kertas peperiksaan supaya segala soalan dapat kita jawab dengan jayanya. Kini tanggungjawab kita sbg sorang pelajar sudah pun berakhir... kini, kita perlu study dan perlu mengamalkannya dalam kehidpan seharian kita supaya dapat menjawab segala soalan yang akan ditanya di harai AKHIRAT nanti, carilah bekalan sebanyaknya bermula dari sekarang. Sekarang kita pula perlu menjalankan pula tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNYA yang perlu sentiasa beribadah kepadaNYA.
*******
Sebenarnya kalau boleh diibaratkan,segala ciptaan allah ini diibaratkan robot yang telah diprogramkan hanyalah untuk bertasbih dan beribadah kepada allah, tetape manusia ini ialah suatu robot yang unik, diberi kebebasan untuk berfikir dan membuat pilihan..., tetapi manusia pelupa dan menggunakan segala kenikmatan itu dengan mencemarkan bumi allah ini dengan tangan mereka sendiri.
*******
Sadarlah wahai sahabatku... walaupun cuti dan pembelajaran berhenti seketika, tetapi Islam dan segala tanggungjawab kita sebagai hambaNYA tidak pernah BERHENTI.
Posted by Da'ie ilallah at 11:51 PM 0 comments



