CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

The Power It's In Your Hand




Salam sejahtera buat seluruh umat muslimin di seluruh dunia.Kali ini saya ingin berkongsi sedikit luahan hati.Biasalahkan,setiap ma'nusia itu telah dikurniakan 2 jalan untuk mereka pilih dan ikuti,sama ada kearah kebaikan atupun kearah yang sebaliknya.


Dlam kesibukan harian dengan agenda masing-masing, janganlah kita leka dan terus alpa dan lupa bahawa tujuan sebenarnya ma'nusia diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada allah atau dengan kata lain beribadah kepadaNYA. Sebenarnya telah terlalu besar nikmat yang allah kurniakan kepada kita tanpa disedari, bahkan nikmat tangan tu pun dah cukup besar buat kita, tidak mampu dibalasi oleh ma'nusia yang lemah seperti kita.



Jadi ana berpesan kepada semua janganlah antum mengisi masa itu dengan perkara-perkara ma'siat... keuntungannya hanya didunia sahaja. Fikir-fikirkanlah ke jalan manakah yang anda ingin tuju...



Firman allah, tak ingat surah ape:


"Fastaqim kama umirta" ila akhir ayat...


"Maka tetaplah kamu berada dijalan yang benar"


Sama-samalah kita memikirkannya...moga antum berada diatas jalan yang benar...AMIIINNN.

0 comments: